Kerajaan Barisan Nasional (BN) bernasib baik kerana memperolehi kelebihan 3 undi ketika itu dan sekali gus membolehkan bajet 2010 negara dapat diluluskan. Andai berlaku sebaliknya, saya tidak dapat membayangkan apakah akan terjadi selanjutnya. Terlalu banyak kemungkinan yang bakal menyusul sekiranya bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak tidak diluluskan.
Namun segalanya sudah berlaku dan berlalu. Tumpuan harus diberikan kepada perkhidmatan untuk rakyat yang seharusnya selari dengan slogan di bawah Gagasan 1Malaysia, “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ”. Tetapi apa yang jelas, masih ada Wakil Rakyat yang sukar dilihat berada di kawasan mereka. Apa lagi mereka yang berjawatan, sudah pasti kesibukan tugas dijadikan alasan untuk tidak berkesempatan turun
Memang dengan berjawatan, apa lagi di peringkat Persekutuan, sudah tentu mempunyai beban tugas yang sangat berat. Tetapi, ADUN Pantai Manis yang juga berjawatan di peringkat Persekutuan membuktikan beliau masih mampu meluangkan masa untuk berada di kawasannya dengan begitu kerap. Sempat merasmikan sambutan Maal Hijrah biarpun tidak ramai umat Islam yang hadir akibat penganjuran yang tidak cekap. Punya peluang untuk menerima kemasukan ratusan bekas ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO. Sudi untuk merasmikan majlis penutupan kursus Fardhu Kifayah di Kg Sungai
Inilah perbezaan yang wujud diantara wakil-wakil rakyat.
Sudahlah…jangan tidur lagi. Jangan hanyut dibuai keselesaan duduk di kerusi empuk itu. Bangunlah….bangkitlah….masih ramai lagi rakyat miskin yang perlu dibantu. Bantulah…dengan ikhlas tanpa wujudnya pilih kasih. Jawatan yang disandang bukan hak milik kekal, tetapi ia sekadar tangggungjawab yang diamanahkan Allah swt. kepada YB. Pilihanraya Umum ke13 semakin hampir mendekati kita. Bersedialah….jangan SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH……….
Sdh ganti bendera ni dengan bendera baru..
BalasPadam