Sabtu, 1 Mei 2010

Benarkah Sabah Termiskin?

Kita hanya tahu Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia. Tentunya tidak salah jika umum merasa kaget mendengar perkara ini. Apa tidaknya, dengan hasil mahsul yang banyak, tidak munasabah negeri ini tergolong dalam kategori termiskin.Apa sebenarnya yang terjadi. Nak kata kerajaan tidak berusaha untuk membasmi perkara ini, tidak patut juga, kerana sejak dahulu kerajaan terus berusaha ke arah itu dengan menyediakan pelbagai kaedah dan skim bagi membantu rakyat miskin. Tetapi berapa banyak pun skim dan kemudahan yang disediakan keadaannya tetap tidak berubah.

Sebenarnya saya kebingungan, bagaimana bisa terjadi negeri ini negeri termiskin. Apakan daya, statistik sudah membuktikan ia begitu. Cuma saya masih belum mengetahui dari mana dan bagaimana statistik ini disediakan. Agensi atau jabatan manakah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat kajiselidik. Apakah kaedah kajiselidik yang dijalankan dan sejauh mana ketelusannya. Ini yang menjadi persoalan.

Sebagai contoh, sekiranya perangkaan kadar kemiskinan diambil daripada senarai pemohon bantuan di bawah skim PPRT, maka statistik kadar kemiskinan yang menunjukan Sabah sebagai negeri termiskin tidak tepat. Saya katakan tidak tepat kerana:

1. saya yakin kebanyakan senarai masih mengandungi nama-nama pemohon yang sudah meninggal dunia.

2. ada pemohon yang disenaraikan dan didapati tidak layak tetapi tidak pula dikeluarkan daripada senarai.

3. ada juga pemohon yang tidak layak tetapi telah didaftar sebagai penerima bantuan.

Nah.....jika benar statistik yang dikeluarkan berpandukan senarai PPRT, tidak mustahil Sabah tergolong dalam kategori negeri termiskin kerana di Papar sahaja, senarai ini hampir mencapai 6ribu termasuklah pemohon yang tidak layak tetapi menerima bantuan dan yang tidak dikeluarkan nama mereka daripada senarai. Sudahnya bilangan nama pemohon akan terus bertambah dari tahun ke tahun yang mengakibatkan bilangan orang miskin tidak pernah berkurangan.

Selain contoh kecil ini, masih banyak lagi faktor yang dipercayai turut menyumbang ke arah timbulnya masalah ini. Tetapi cukuplah buat masa ini. Saya tampilkan sekadar untuk dikongsi dan difikirkan bersama akan rasionalnya. Mnasabah atau tidak terserahlah kepada anda menilainya. Wallahualam.

14 ulasan:

  1. sabah bukan termiskin... cuma tercorot... di sebabkan pendapatan negeri kita salurkan ke kerajaan pusat... klu la kita sabah and sarawak mahu hidup sendiri macam brunei.... apa akan jadi ngan semenajung yang temberang ni....kita just banyak kasi makan banduan dan memperbaiki serta menaik taraf tmpt diorg... tapi guna duit kita sabah and sarawak.... bila kita datang sini... ada diantara dorg ni.. sabaha and sarawak ini sebahagian daripada malaysia.. apa yang perlu kita buat mengubah syarat2 sebelum kita masuk malaysia ni..... orang2 kita pernah membuat perjumpaan bagi mengubah syarat2 ni... tapi ntah apa cerita...
    sekarang ada sudah facebook..dan internet senang di gunakan... so cari lagi orang2 kita dan sebarkan...

    BalasPadam
  2. saya sangat setuju dengan erre.. apa yang dikatakan memang betul.. Hasil dari Sabah dan Sarawak disalurkan ke kerajaan pusat, duit itu digunakan untuk pembangunan di semenanjung. Sebagai contoh, hasil keluaran minyak, kita hanya dapat 5% dari jumlah hasil, 95% lagi kerajaan pusat pow. Ini baru Minyak, kalau dimasukkan dengan hasil balak lagi.. kerajaan pusat yang kaya.. so dia akan bangunkan pusat2 bandar seperti Penang, KL dan Johor.. tapi semua duit dari SABAH dan SARAWAK. Apa akan jadi kepada semenajung MALAYSIA kalau Sabah dan Sarawak tidak bagi 1 sen pun pada kerajaan pusat?? mungkin kita bleh lihat negeri termiskin ialah Penang, KL, atau Johor. Mungkin ia satu strategi pembangunan.. tapi kerajaan seperti kacang lupakan kulit. Kenapa Sabah Sarawak perlu diabaikan sedangkan Kita yang banyak menyumbangan kepada pembangunan di semenanjung.???

    BalasPadam
  3. Kurapakkitani16/9/10 9:15 PG

    Erre & Enboy: Terima kasih atas ulasannya. Bagus....soal penyaluran hasil ke pusat itu sudah berlaku sejak Sabah menyertai Malaysia dan sekian lama itu Sabah adalah antara negeri yang paling makmur. Hanya sejak kebelakangan ini sahaja, negeri Sabah dikategorikan sebagai miskin bukan kerana hasil mahsulnya tetapi kerana bilangan orang yang dianggap miskin terlalu banyak. Maka itu saya mempertikai kesahihannya disebabkan saya beranggapan pengkategorian ini dilakukan berdasarkan senarai bilangan rakyat termiskin, yang mana tidak mencerminkan senario sebenar sebagaimana beberapa alasan yang saya berikan.

    Apabila kajian dan penyelidian dibuat melalui program E-Kasih, ternyata bilangan rakyat termiskin berkurangan kerana hasil kajian yang dibuat membuktikan wujud pemalsuan keterangan mengenai pendapatan per-kapita Ketua Isi Rumah yang mungkin bertujuan untuk mendapatkan bantuan biarpun mereka sedar bahawa mereka tidak layak. Inilah sebenarnya yang menyebabkan Sabah tergolong dalam kategori negeri termiskin. Wallahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. geng, ko taw ka??? aku keja di kk gaji rm490 ja pas tolak epf.. lagi ko mau ckp tu tipu.. kja krani tu. kwn aku org sungai tu kje security 1 bulan rm260 ja pas tolak epf. ko rasa mcm mna tu??

      Padam
  4. so pilih la kerajaan yg x pandai memerintah lg....hehe

    BalasPadam
  5. sabah ni umpama anjing semananjung...jangan lagi biarkan dorang makn periuk nasi kita..bagus kasih runtuh menara kembar tue,...cakap besar ja orang seberang tue...pe mende tue sume 1 malaysia....skang 1semanjing and 1sabah....lea bagus...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama20/4/11 8:56 PG

    Memang mudah untuk berkata2 tapi susah untuk memberikan fakta. Inilah masalahnya jika kita berbicara mengikut rasa sehingga ayat yang kita keluarkan boleh menterjemahkan kedangkalan kita.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama6/1/12 8:43 PTG

    Hasil bumi SABAH dan SARAWAK banyak pergi semenanjung...orang semenanjung berbangga kerana mereka maju..tapi mereka tak sedar,kemajuan diaorg datang dari SABAH dan SARAWAK.kedua negeri ini kaya dengan hasil buminya..tapi malang,kedua negeri ini sangat mundur..jalan raya yang berlubang,liputan telekomunikasi yang teruk...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama6/1/12 8:47 PTG

    di semenanjung.jalan berlubang sikit saja,sudah kena baiki...kalau di sabah dan sarawak,tunggu jalan tu runtuh,baru nak buat...cth jalan MIRI-KUCHING..jalan sangat teruk...

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama21/2/12 5:53 PG

    KALAU SABAH & SARAWAK XPUAS HATI BUAT LAH DEMOKRASI DI JALANAN,SUPAYA PM BUKA MATA BERTAPA SUSAH RKYAT SBH & SARAWAK OK..JANGAN NAK TERUS2 MEMAKI2 KEMAJUAN SEMENAJUNG,,YANG MAJU PON NEGARA KAU JUGA,SELAGI SBH&SRWK DLAM MALAYSIA
    ..

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama9/3/12 9:26 PG

    SAYA SOKONG DENGAN KATA2 INSAN DIATAS SAYA NIE.....SEKARANG KAN SEMUANYA ADA.....PERDANA MENTERI KAN ADA AKAUN FACEBOOK....SO (ADD) LAH BELIAU....DAN NYATAKAN PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT SETIAP NEGERI MASING2...TAK PAYAH GUNA CARA LAPUK....BERANI KAN DIRI TUE....PERHUBUNGAN SOSIAL SEKARANG NIE KAN TANPA SEMPADAN....SEMUA BOLEH BERSUARA TETAPI BERETIKA DAN BERTANGGUNGJAWABLAH YA.....KITA KAN DAH DIDIK CARA2 BERCAKAP SESAMA SENDIRI....SO PANDAI2LAH.....DAN SEPERKARA LAGI JIKA PEMIMPIN DITEMPAT SENDIRI TIDAK TURUN PADANG MACAM MANA KERAJAAN PUSAT NAK TAU....DAN JIKA PEMIMPIN PENTINGKAN RAKYATNYA TERLEBIH DAHULU DARI KEHIDUPANNYA MAKA RAKYATNYA TERBELA LAH NASIBNYA.....SEKIAN ^_^

    BalasPadam
  11. kalu pemimpin turun padang dan ambil kisah ingat dia seorang dapat bagi ka bantuan?mau bantuan kena pegi minta kelulusan kerajaan pusat lagi...bajet itu ini...apa pun orang semenanjung memang tau cakap jak buat harap x da pun...bersuka ria la 95 peratus minyak tu...makan minum la...sedapkan barang free?kami orang sabah sarawak bukan macam dulu lagi skolah stakat tau mnulis mgira 1,2,3...skrg orang sabah pun banyak yang dah masuk U...tau fkir...tau ksakitan...ksusahan...tau apa mau buat n tau sapa baik sapa jahat tuk kerajaan...kalu orang kg boleh la dbodohkan2...tapi skrg org kampung pun dah ada ksedaran...nampak sangat raih undi bagi kmudahan e- kasih bila dah nak PRU...nak mnang sangat la tu..hahha...no offense tapi tolonglah kalu d semenanjung jangan cakap pasal ksusahan yang dirasai pnduduk sabah...saya sayang borneo...sabah sarawak...

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama3/3/13 8:40 PTG

    Alah takyah cakap banyak ah.. kalau kerajaan tak hantar cikgu dari semenanjung ajar menulis mengira ingat boleh pandai ke macam sekarang? kesusahan cikgu2 yang terpakse berpisah dengan keluarga tak kisah pula. Dulu mana pakai baju.. pakai daun je.. orang semenanjung yang korang cakap semenanjing ni lah yang datang ajar pakai baju.. bagi baju.. ajar main permainan manusia... sebelum ni main dengan orang hutan je.. main pokok.. main pasir.. rumput..kalau tak faham atau tak dapat terima hakikat pergi lah baca sejarah. kan dah pandai sangat.. dah kalau takde kerajaan bagi letrik, bagi line internet ingat boleh duduk hadap laptop ke hari-hari? baru pandai sikit dah ingat pandai sangat.. kalau nak hidup senang dari kecil kena belajar bersunguh-sunguh..kerajaan dah bina sekolah, bina U.. gunakan ilmu tu sikit untuk benda bermanfaat.. hidup ni kan ada matlamat takkan semua nak benda free? kerajaan dah bagi sikit tu bersyukur lah yang selebihnya kalau nak hidup senang pergi kerja bukan duduk senang lenang hadap laptop hari-hari duit masuk ingat kalau sokong pembangkang dorang nak bagi kau urang duit ke? jangan harap lah..

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama3/3/13 8:55 PTG

    Duinaa, klo kta ne kluar dri malaysia.. kc reset balik jor!! smua kemudahan2 tu kci pulang blik sma c tnah melayu!! nda prlu bha kta pkai elektrik!! air jga gna air sungai jak kci mnum! hhihihihi udah banyak jo tnah melayu kci maju ngeri sabah.. bukan sng ya mw kci maju sabah ney udah la kta jau dri kerajaan pusat!! berhutan2 bergunung2 lge!! udah kci abis jga duit mereka tuk majukn kta2 ne :'( tnpa mereka tlung buleh kha kta maju sbgini? nda kn? barangkali mci juak sprti duluu dihutan seja..
    ini kali lah! kta hrus brsyukur dgn apa yg uda kta dpt ne! sometimes when we have somthing better we want something more better.... jdi kta urang sabah jgn terlalu trip thu *pesan ke driku juak ney :)

    BalasPadam